Anggota polis parah tertembak diri sendiri

Iklan
Seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di George Town pada Selasa. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, anggota berkenaan berusia 58 tahun dan bertugas di Cawangan Kem Komandan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian pada jam 6.12 petang itu, anggota tersebut dijumpai dalam keadaan cedera di bahagian kepala di Bilik Pengawal IPK Pulau Pinang.

"Anggota tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk senjata api jenis pistol," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan dari senjata yang digunakan oleh anggota tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39, Akta Senjata 1960. Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian ini dari pelbagai sudut.

Iklan

"Setakat siaran media ini dikeluarkan, anggota tersebut masih menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis," tambahnya.