KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington hujung bulan ini untuk membincangkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
Beliau akan diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa serta para pegawai lain dari kementerian tersebut. Wakil MITI di Kedutaan Malaysia di Washington juga akan menyertai delegasi tersebut.