KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 11 hingga 12 April.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan itu dalam tempoh berkenaan dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.