United sah datang ke Kuala Lumpur
Iklan
United akan berdepan pasukan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei.
KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United mengesahkan akan mengadakan aksi persahabatan di Kuala Lumpur dan Hong Kong selepas tamat musim 2024/25 pada Mei ini.
Skuad The Red Devils dijadualkan menentang pasukan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei, sebelum berangkat ke Hong Kong untuk aksi menentang pasukan tuan rumah di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.
Iklan
Iklan
Kali terakhir Manchester United menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada tahun 2009, manakala kunjungan terakhir ke Hong Kong berlangsung pada 2013.
United turut disahkan menyertai Siri Musim Panas Liga Perdana di Amerika Syarikat menjelang musim 2025/26, perlawanan persahabatan di Asia ini dilihat sebagai peluang unik buat para pemain dan kakitangan kelab untuk berinteraksi secara langsung dengan penyokong serantau, selain mengukuhkan kerjasama komersial dengan rakan kongsi di rantau ini.
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada berkata, pihaknya amat menghargai sokongan luar biasa yang diberikan oleh para peminat di seluruh dunia.
"Kami teruja untuk mempersembahkan jadual perlawanan musim panas ini yang membolehkan penyokong di Asia, Scandinavia dan Amerika Syarikat menyaksikan pasukan utama lelaki beraksi secara langsung di tempat masing-masing.
Iklan
"Selain itu, perlawanan jelajah ini turut menyumbang pendapatan tambahan yang penting dalam memperkukuh kelab serta membolehkan kami terus melabur demi kejayaan di atas padang.
"Ia juga membuka ruang untuk kami menjalinkan kerjasama strategik dengan rakan-rakan komersial serta mengeratkan lagi hubungan dengan para penyokong, khususnya di rantau Asia dan Amerika Syarikat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>