Sekumpulan pelajar ditahan bergaduh kerana wanita

Iklan
Lapan remaja lelaki termasuk tujuh daripadanya pelajar ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di kawasan bulatan berhampiran Tamu Kota Belud di sini.

KOTA BELUD - Lapan remaja lelaki termasuk tujuh daripadanya pelajar ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di kawasan bulatan berhampiran Tamu Kota Belud di sini.

Kesemua remaja berusia antara 14 hingga 18 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 1 pagi Isnin.

Kesemua remaja berusia antara 14 hingga 18 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku di kawasan bulatan Tamu Kota Belud melibatkan beberapa remaja.

Iklan

"Pada hari sama, seramai lapan remaja telah ditahan dan hasil siasatan lanjut, pergaduhan berpunca daripada cemburu berkaitan teman wanita," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menganggu ketenteraman awam.

Iklan

"Setakat ini, tujuh pelajar dan seorang lagi tidak bersekolah masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan," katanya.

Shahrudin dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekasi dan menyebarkan video berkaitan kejadian tersebut.

"Ini dikhuatiri akan menganggu siasatan pihak polis.

"Mana-mana saksi awam yang mempunyai maklumat mengenai pergaduhan itu diminta tampil ke IPD Kota Belud atau berhubung terus dengan pegawai kes ini iaitu Inspektor Railey Samiar di talian 016-8143490 untuk membantu siasatan," katanya.