ASEAN, Filipina dan Amerika Syarikat
Iklan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (enam, kiri) bergambar bersama Menteri-menteri Pertahanan ASEAN pada Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Batu Feringhi, Februari lepas. Foto Bernama
SEBAGAI Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah menggariskan tiga keutamaan dalam meningkatkan usaha bagi memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman, stabil, selamat dan makmur ketika berdepan cabaran geopolitik antarabangsa yang semakin rumit.
Hubungan antara negara-negara ahli dilihat amat positif walaupun terdapat beberapa isu yang dilihat mampu mengakibatkan pergeseran, khususnya dalam isu persempadanan dan hubungan blok antarabangsa.