Kejatuhan pasaran hanya bersifat sementara - Pakar
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung pasaran saham global yang dilihat kembali bergolak susulan kebimbangan terhadap langkah AS menaikkan tarif import.
SHAH ALAM - Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, situasi ketidaktentuan pasaran global hanya bersifat sementara dengan pelabur dijangka melihat pembetulan pasaran dalam tempoh terdekat.
"Ini hanya sementara kerana secara fundamentalnya, syarikat yang bukan 100 peratus daripada pasaran Amerika Syarikat (AS) masih kukuh cuma apabila ada sentimen sebegini pasaran akan membuat pembetulan balik.