Tarif AS badai pasaran saham global
Iklan
Bursa saham di Beijing tidak terkecuali daripada mengalami penurunan ketara pada Isnin.
SHAH ALAM - Pasaran saham global kembali bergolak susulan kebimbangan terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif import, sekali gus memberi tekanan kepada sentimen pelabur terutamanya di Asia dan rantau ASEAN.
Bursa Malaysia menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan pada Isnin.