Neville syor Amorim singkir lima pemain

Iklan
Patrick Dorgu (kanan) dan Alejandro Garnacho dianggap belum cukup bagus untuk menyarung jersi Manchester United.

GARY Neville berpendapat Manchester United perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lima pemain baharu pada musim panas ini bagi menggantikan pemain-pemain sedia ada yang dianggapnya tidak cukup bagus.

Legenda United itu percaya bahawa pengendali pasukan, Ruben Amorim, kini berdepan kesukaran akibat ketidakcekapan beberapa pemain bintang termasuk seorang pemain yang baru tiba pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

Iklan
Iklan

Neville mengesyorkan cadangan itu selepas United sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang seteru setempat Manchester City di Old Trafford pada Ahad.

Derbi Manchester yang berlangsung hambar itu menyaksikan United hanya mencatatkan dua percubaan tepat ke gawang City.

Iklan

Selepas perlawanan tamat, Neville meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan persembahan United sebagai 'robotik', satu kenyataan yang segera dibidas Amorim yang menyifatkan bekas pertahanan kanan itu sebagai 'terlalu kritikal terhadap segala-galanya'.

Namun, Neville tetap mengkritik bekas kelabnya itu dalam ulasan bersama Sky Sports, menegaskan bahawa lima pemain perlu digantikan segera.

Iklan

"Dari perspektif United, saya faham kenapa dia (Amorim) kembali kepada blok rendah. Tapi itulah juga yang pernah dilakukan oleh Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan Erik ten Hag.

"Mereka semua datang dengan niat untuk bermain bola sepak berintensiti tinggi dan menekan lawan, tetapi akhirnya terpaksa kembali kepada taktik bertahan dalam perlawanan besar.

"Saya faham kenapa Amorim buat begitu hari ini, kerana dia tidak mempunyai pemain yang benar-benar sesuai untuk bermain mengikut sistem yang diinginkannya,” kata Neville sambil menyifatkan tiga pemain di barisan hadapan tidak cukup bagus, termasuk dua pemain bek.

Neville dipercayai merujuk kepada Rasmus Hojlund, Alejandro Garnacho, Joshua Zirkzee, Diogo Dalot dan Patrick Dorgu.

Walaupun kelemahan barisan serangan sudah lama diketahui, Dalot jarang dikritik secara terbuka kerana memenangi anugerah Pemain Pilihan Pemain untuk musim 2023-24.

Secara keseluruhan, Hojlund, Garnacho dan Zirkzee hanya menjaringkan 10 gol daripada 85 penampilan Liga Perdana musim ini.

Kemampuan teknikal mereka sering dipuji, namun United dilihat masih lemah dari segi mencipta dan menyempurnakan peluang.

Awal musim ini, Hojlund mencatat lebih 22 jam tanpa menjaringkan sebarang gol.