RIYADH - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengingatkan semua syarikat dan agensi perkhidmatan Haji dan Umrah supaya mematuhi sepenuhnya peraturan serta arahan berkaitan yang dikuatkuasakan di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan bahawa tindakan tegas termasuk penalti kewangan akan dikenakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal melaporkan individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.