Penduduk setempat yang terdiri daripada golongan nelayan bergotong royong menolak perahu kolek untuk diturunkan ke sungai sempena Majlis Pelancaran Perahu Pelancongan di Jeti Tanjung Kuala Sabak, Pengkalan Chepa.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Kamarudin Md Nor.
Perahu kolek, yang dihiasi dengan ukiran dan lukisan berwarna-warni bermotifkan bunga-bungaan serta haiwan, sebelum ini digunakan sebagai pengangkutan harian nelayan untuk turun ke laut. Kini, ia berfungsi sebagai perkhidmatan River Cruise yang membawa pelancong mengelilingi Sungai Pengkalan Datu.
Perahu kolek kini menjadi tarikan baharu di Kelantan, sesuai untuk semua, terutamanya mereka yang gemar menikmati pemandangan alam semula jadi dan kehidupan di sepanjang sungai. Foto: Bernama