SUBANG JAYA – Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman digerakkan ke lokasi insiden letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights, bagi menjalankan pemantauan taktikal dari udara.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati penggunaan dron berteknologi tinggi jenis DJI Matrice 300 RTK telah membantu pihak berkuasa dalam penilaian keselamatan susulan kejadian tersebut.
Iklan
Iklan
Kelihatan tiga anggota Unit Dron PGU lengkap dengan kelengkapan keselamatan mengendalikan operasi pemantauan dari kawasan berpagar berhampiran lokasi kejadian.
Difahamkan, penggunaan dron tersebut adalah sebahagian daripada prosedur pemantauan taktikal bagi mengenal pasti risiko dan situasi semasa di kawasan terjejas.
Untuk rekod, kejadian pada Selasa lalu, jam 8.10 pagi, menyaksikan kebakaran saluran gas milik Petronas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter, dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius. Operasi memadamkan kebakaran mengambil masa hampir lapan jam untuk diselesaikan.