Hilang percaya kepada kerajaan?
Iklan
hanya 2 daripada 10 rakyat AS percaya yang kerajaannya akan buat perkara yang betul untuk mereka. Ia angka yang amat rendah.
PEW Research Center, sebuah pusat penyelidikan bebas yang berpusat di Washington, D.C., Amerika Syarikat (AS) dalam kaji selidiknya mendapati pada tahun 2024, hanya 2 daripada 10 rakyat AS percaya yang kerajaannya akan buat perkara yang betul untuk mereka. Ia angka yang amat rendah.
Kajian tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan itu sebenarnya telahpun bermula sejak tahun 1958 lagi. Tahap kepercayaan rakyat AS kepada kerajaan pernah tinggi, sekitar 73-77 peratus - memuncak pada 1963 apabila Presiden John F. Kennedy dibunuh.