Indonesia nafi sembunyi kes jangkitan Covid-19
Iklan
JAKARTA - Indonesia menegaskan ia mempunyai sumber untuk menangani koronavirus (Covid-19) selepas banyak pihak mula mempersoalkan tentang ketelusan pihak berkuasa kesihatan berhubung maklumat sebenar kes wabak tersebut.
"Kemahiran kami dan maklumat yang dikumpulkan tidak wajar diragui. Jika tiada kes bermakna rekod kami ialah sifar. Mengapa tuduh kami cuba sembunyikan perkara ini?,” kata Pengarah Hospital Sulianti Saroso di Jakarta, Dr Muhammad Syahril ketika disoal tentang mengapa negara itu masih belum mengenal pasti kes jangkitan Covid-19.