Menunggu Santa Claus di Ayer Kuning
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.
PERSIAPAN sedang rancak dilakukan oleh parti-parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Perak pada 26 April 2025.
Esok, Barisan Nasional (BN) akan menamakan calonnya dalam PRK tersebut. Khabarnya, tiga nama yang terdiri daripada pemimpin UMNO Bahagian Tapah telah disenarai pendek untuk diturunkan sebagai calon.