Lima maut, 9 cedera van bawa pelancong terhumban dalam gaung

Iklan
Lima orang maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah van yang membawa pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter di utara Filipina. Foto Agensi

MANILA - Lima orang maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah van yang membawa pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter di utara Filipina, menurut polis pada Sabtu, lapor Xinhua.

Polis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10 malam waktu tempatan pada Jumaat di Sadanga, sebuah bandar di Wilayah Mountain, utara Manila.

Iklan
Iklan

Menurut siasatan, van berkenaan dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai, mengakibatkan tiga penumpang lelaki dan dua wanita maut di tempat kejadian.

Pasukan penyelamat menggunakan tali untuk menyelamatkan penumpang dengan mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. - Bernama

Iklan

Iklan