Muhyiddin pengkhianat sebenar: Tun M

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat sebenar berbanding bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pakatan Harapan (PH) berhubung kemelut politik negara sejak minggu lalu.

Dr Mahathir berkata, Azmin mempunyai agendanya tersendiri, manakala pengkhianat sebenar ialah Muhyiddin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sehingga bersedia untuk menerima sesiapa sahaja daripada UMNO termasuk pemimpin yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta pemimpin yang masih berdepan kes perbicaraan di mahkamah.

Iklan
Iklan

"Saya fikir Muhyiddin sudah merancang dan berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan kerana itulah dia sanggup terima semuanya. Dia pujuk saya untuk tinggalkan DAP kerana katanya orang Melayu percaya bahawa bahawa DAP yang kontrol kerajaan dan bukannya saya, kononnya saya di bawah telunjuk DAP.

"Ini tidak benar, tetapi demikianlah kecekapan Najib (Datuk Seri Najib Razak) sehingga mereka tidak lagi nampak dia bersalah sebaliknya mereka bersedia untuk cium tangan Najib dan akui bahawa dia adalah ‘Bossku’,” katanya selepas pertemuan dengan pimpinan PH di Bangunan Yayasan Albukhary di sini hari ini.

Iklan

Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa Muhyiddin juga memujuknya supaya Bersatu keluar daripada PH namun beliau enggan berbuat demikian kerana mendapat semua sokongan semua pihak termasuk PH dan juga Pas.

"Walaupun ada yang tidak percaya kepada DAP tetapi saya perlu masa untuk kuatkan Bersatu tetapi Bersatu keluar juga, maka hilanglah majoriti dan tidak boleh jadi kerajaan semula.

Iklan

"Saya cuba berbincang dengan Muhyiddin tapi beliau tetap mahu bekerjasama dengan UMNO. Dia kata politik lebih penting dari prinsip dan boleh bekerjasama dengan semua termasuk yang ada menghadapi tuduhan rasuah,” katanya.

Katanya, PH akan membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Muhyiddin khianati persaudaraan, kesetiaan'