LANGKAH penerjun negara, Enrique Maccartney Harold terhenti apabila tidak berjaya menembusi kelompok 12 penerjun terbaik acara 10 meter (m) platform lelaki pada pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico pada Sabtu.
Enrique mengumpul 372.05 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ke-13, hanya dipisahkan 7.30 mata di belakang penerjun Itali, Riccardo Giovannini di tempat ke-12 dengan 379.35 mata.