Magis drama Korea dibawakan secara langsung

Iklan
Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif David Shin; Pengerusi Yu Jai-woong dan Pengarah Urusan Kumpulan Sean Pereira.

LAGU-lagu ikonik daripada drama Korea kegemaran ramai bakal menakluk pentas di seluruh Asia melalui Konsert OST KOREA (KOSTCON 2025 TOUR).

Pementasan yang dijangka mendapat sambutan luar biasa ini merupakan sebuah kerjasama penting antara Korea Management Federation (KMF), Hi Five Entertainment Sdn. Bhd dan Kelebrity Worldwide Inc.​

Iklan
Iklan

Majlis menandatangani perjanjian rasmi telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac lalu, bertempat di Grand Walkerhill Hotel Seoul.

Acara ini diketuai oleh Pengerusi KMF, Yu Jai-woong, bersama Pengarah Urusan Kumpulan Hi Five Entertainment Sdn. Bhd., Sean Pereira, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelebrity Worldwide Inc., David Shin.

Iklan

Kerjasama tersebut menandakan komitmen untuk memperluaskan jangkauan global OST K-drama dan menggalakkan penglibatan yang lebih mendalam dengan audien antarabangsa.​

Konsert jelajah itu menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan, melalui persembahan langsung, visual menakjubkan, serta penceritaan yang penuh penghayatan.​

Iklan
Baek Ji Young
Heize
K.Will
Lee Mujin

KOSTCON 2025 akan menampilkan barisan artis OST ternama, termasuk Baek Ji-young ("That Woman" - Secret Garden), Heize ("Can You See My Heart" - Hotel Del Luna), Lyn ("With You" - Descendants of the Sun), Lee Mujin ("Lilac" - Love Your Enemy), dan K.Will ("Beautiful Moment" - Masterpiece).​

Pengarah Urusan Kumpulan Hi Five Entertainment Sdn. Bhd., Sean Pereira, meluahkan keterujaannya terhadap kerjasama ini.

"Projek ini adalah hasil kerjasama lintas negara yang unik, yang telah dibangunkan selama lebih 16 bulan untuk menarik dan mengekalkan segmen pasaran baru," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Kelebrity Worldwide, Min-chul Kim, menekankan bahawa K-pop telah pun mengukuhkan diri sebagai industri global yang dominan, dan K-drama serta filem juga menerima pengiktirafan antarabangsa yang meluas.

"Konsert OST lima negara ini menawarkan peluang unik kepada penonton untuk menghidupkan semula emosi drama kegemaran mereka dalam konteks visual dan muzik yang mengasyikkan secara langsung dan imersif.," ujarnya.

KOSTCON 2025 akan memulakan jelajah ke lima negara Asia bermula Jakarta, Indonesia pada 2 Ogos​, diikuti Manila, Filipina (6 Ogos), Dubai, UAE (5 September), Bangkok, Thailand (20 September) dan Pulau Pinang (25 Oktober).​