Ketegasan dan perikemanusiaan
Iklan
Kes pak cik petai cerminan dilema klasik dalam penguatkuasaan undang-undang.
SETIAP kali tular kes penguat kuasa menyita barangan peniaga jalanan, masyarakat lazimnya akan terbelah dua, ada yang mempertahankan ketegasan tindakan pihak berkuasa, ada pula bersimpati dengan peniaga yang sekadar mencari sesuap nasi.
Kes pak cik petai dan abang belon, cerminan dilema klasik dalam penguatkuasaan undang-undang. Dari satu sudut, penguat kuasa bertanggungjawab menegakkan peraturan tanpa pilih kasih. Dari sudut lain, tindakan tegas tanpa mengambil kira aspek kemanusiaan sering mengundang kritikan.