Makan hidangan lidi buluh pedas untuk kekal langsing?

Iklan
Ma menikmati sajian lidi buluh yang dibumbui dengan campuran rempah ratus, cili dan daun bawang di restorannya. - Foto: Agensi

BEIJING – Sebuah restoran barbeku Cina telah menjadi tular kerana menjual lidi buluh berperisa dengan campuran rempah ratus, cili dan daun bawang kepada orang ramai yang ingin menikmati rasa barbeku tanpa kalori.

Media China melaporkan pada bulan lalu snek larut malam itu paling laris di Selatan China, hidangan luar biasa dan unik itu dipanggil lidi buluh pedas.

Iklan
Iklan

Hidangan berkenaan diperkenalkan oleh pemilik restoran barbeku di Shaoyang, wilayah Hunan, ia terdiri daripada lidi buluh yang dibumbui dengan campuran rempah ratus, cili dan daun bawang sebelum dilumuri barbeku untuk menambahkan sedikit rasa berasap pada adunan.

Lidi kayu itu kemudiannya dijual dalam 50 batang dengan hanya 10 yuan (RM6) menjadikannya mampu milik.

Iklan
Iklan

Ma, lelaki yang terkenal kerana menghasilkan hidangan berkenaan, mendakwa dia mendapat inspirasi daripada wanita yang mementingkan berat badan, yang singgah di restorannya pada satu petang dan enggan memesan apa-apa kerana takut berat badan mereka naik. -Agensi