13 bas bawa 464 pelajar pulang ke kampus di seluruh negara

Iklan
Amirudin menyempurnakan majlis pelepasan rasmi program yang berlangsung di Dataran Bangunan SUK Shah Alam

SHAH ALAM – Seramai 464 mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara memulakan perjalanan pulang ke kampus masing-masing menerusi Program Inisiatif Bas Percuma Mahasiswa Pulang ke Kampus 2025 anjuran kerajaan negeri Selangor.

Sebanyak 13 buah bas disediakan bagi membawa pelajar ke destinasi masing-masing termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli dan Politeknik Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan
Seramai 464 mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampus masing-masing.

Selain itu, ia turut membabitkan pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Pendidikan Guru (IPG) Besut, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, program tersebut dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) Nasional.

Iklan

"Inisiatif ini adalah tanda kasih kerajaan negeri terhadap anak-anak Selangor yang menuntut ilmu, walau di mana mereka berada,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis pelepasan rasmi program berkenaan yang berlangsung di Dataran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Program ini dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula Jumaat.

Iklan