KUALA LUMPUR - PKR bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, dan Kerajaan Madani akan terus berusaha membawa islah serta memperbaiki keadaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berharap agar parti itu dan Kerajaan Madani kekal utuh dan teguh dalam membina masa depan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.