Produk semikonduktor antara dikecualikan daripada tarif baharu AS

Iklan
rump mengenakan tarif 25 peratus ke atas import dari kedua-dua negara dengan kadar lebih rendah bagi tenaga dari Kanada namun, barangan yang memasuki AS di bawah Perjanjian AS-Mexico-Kanada masih dikecualikan. Foto AFP

WASHINGTON - Beberapa barangan, termasuk produk semikonduktor yang merupakan eksport utama ke Amerika Syarikat (AS), dikecualikan daripada kenaikan tarif yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.

Memetik AFP, barangan seperti tembaga farmaseutikal, kayu, emas, tenaga dan ‘mineral tertentu’ tidak dikenakan tarif timbal balik yang diumumkan pada Khamis (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Menurut pegawai Rumah Putih, Kanada dan Mexico yang merupakan rakan dagang utama AS juga tidak terjejas oleh tarif baharu itu.

Sebelum ini, Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas import dari kedua-dua negara dengan kadar lebih rendah bagi tenaga dari Kanada namun, barangan yang memasuki AS di bawah Perjanjian AS-Mexico-Kanada masih dikecualikan.

Iklan

Dalam kenyataan Rumah Putih, sekiranya Kanada dan Mexico mencapai persetujuan mengenai levi, mereka akan menentang pelaksanaan tarif baharu tersebut.

Trump sekali lagi mengundang kecaman negara antarabangsa atas keputusan melulu pentadbiran beliau. - Foto Agensi

Menurutnya lagi, tarif berasaskan negara yang diumumkan kali ini tidak melebihi kadar tarif khusus sektor seperti yang dikenakan ke atas import keluli dan aluminium.

Iklan

Negara seperti Cuba, Belarus, Korea Utara dan Rusia pula tidak terlibat dalam tarif timbal balik kerana mereka telah dikenakan sekatan yang menghalang perdagangan berskala besar dengan AS.

Pada Selasa, Trump mengumumkan ‘Tarif Asas’ sebanyak 10 peratus yang akan berkuat kuasa pada 5 April. Kadar lebih tinggi akan mula dikenakan pada 9 April kepada negara yang dianggap sebagai ‘pesalah paling teruk’.

Malaysia turut tersenarai dalam 15 negara utama yang terlibat dalam dasar tarif baharu Trump.

Tarif tambahan yang lebih tinggi itu juga memberi kesan kepada rakan dagang utama AS seperti Kesatuan Eropah yang dikenakan kadar 20 peratus dan China sebanyak 34 peratus.

Bagi China, jumlah itu bertindan dengan tambahan 20 peratus levi yang dikenakan awal tahun ini atas dakwaan penglibatannya dalam rantaian bekalan fentanyl haram, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 54 peratus.

India pula dikenakan kadar tambahan sebanyak 26 peratus, diikuti Korea Selatan (25 peratus) dan Jepun (24 peratus).

Trump menegaskan bahawa kadar tarif ini ditentukan berdasarkan layanan yang diterima AS daripada negara terlibat.

"Bagi negara yang melayan kami dengan buruk, kami akan mengira kadar gabungan semua tarif mereka, halangan bukan kewangan dan bentuk penipuan lain.

"Angka itu kira-kira separuh daripada jumlah mereka dan telah mengecaj kami,” kata Trump.