Penggantian pasport Malaysia percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights - Imigresen

Iklan
Zakaria Shaaban.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen (Imigresen) menawarkan penggantian pasport Malaysia antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan penggantian percuma itu hari ini.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran boleh mengemukakan permohonan untuk penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana pejabat JIM yang berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, antara syarat untuk penggantian pasport percuma adalah pasport yang hilang atau rosak mestilah masih sah dengan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, dan pemohon perlu membawa pasport asal jika masih ada.

Iklan

Syarat lain termasuk menyerahkan salinan laporan polis, bomba atau pihak berkuasa tempatan.

Zakaria berkata, inisiatif itu bertujuan untuk mempermudahkan urusan mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran, dan berharap inisiatif itu akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa insiden tersebut.

Iklan

Untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh hadir ke mana-mana pejabat JIM yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat dan bantuan selanjutnya. - Bernama