Perpaduan, demokrasi dan kedaulatan
Iklan
Demokrasi itu benteng kedaulatan sebab itu kuasa-kuasa kolonialisme kurun ke-21 benci persaingan aneka parti. Foto hiasan
SELALU kita dengar dakwaan bahawa rakyat Malaysia cukup tinggi semangat perpaduan dan juga rungutan bahawa hanya orang politik yang memecahbelahkan rakyat.
Memang kita kuat dengan semangat ‘rakyat jaga rakyat’. Dalam letupan gas gergasi di Puchong pada hari kedua raya, sebuah masjid dan sebuah kuil berdekatan menawarkan perlindungan dan bantuan kepada mangsa-mangsa.