Pejalan kaki warga asing maut dilanggar ketika lintas jalan

Iklan
Pejalan kaki warga asing maut dilanggar ketika lintas jalan dalam kejadian di Jalan Tun Dr Ismail berhadapan Pasar Besar Seremban pada Selasa.

SEREMBAN - Seorang pejalan kaki lelaki dipercayai warga asing maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Tun Dr Ismail berhadapan Pasar Besar Seremban di sini pada Selasa.

Kejadian jam 1.34 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kenderaan yang nombor pendaftarannya tidak pasti telah melanggar mangsa.

"Kenderaan itu dalam perjalanan dari bandar Seremban menghala ke Jalan Kapitan Tam Yeong.

Iklan

"Apabila sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba pejalan kaki bangsa tidak pasti dipercayai warga asing telah melintas jalan dari arah sebelah kiri jalan ke sebelah kanan jalan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, akibat jarak yang dekat, pemandu kenderaan terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Iklan

Akibatnya, mangsa telah mengalami kecederaan parah di muka dan leher serta telah disahkan maut oleh Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar.

"Semua pihak dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika melintas jalan dan menggunakan laluan lintasan pejalan kaki yang betul untuk mengelakkan yang tidak diingini berlaku.

" Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor G Sankar di talian 014-6000353 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,"katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.