Letupan ini sangat luar biasa, Petronas pasti akan siasat - Tun M
Iklan
Mahathir (dua dari kiri) hadir meninjau PKTK melibatkan kes kebakaran saluran paip gas di sini pada Rabu.
SUBANG JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa semua pihak perlu menunggu hasil siasatan penuh berhubung insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, di sini, sebelum membuat sebarang tuduhan.
Mahathir berkata, Petronas akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian.
Iklan
Iklan
"Saya yakin Petronas akan menyiasat sepenuhnya punca letupan itu dan kita berharap ia tidak akan berlaku lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai pihak yang perlu dipertanggungjawabkan, Mahathir menolak sebarang bentuk spekulasi awal.
Iklan
Jelasnya, siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu.
"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh orang. Kita perlu menyiasat terlebih dahulu. Jika ada bukti, barulah kita boleh menentukan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.
Iklan
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menuding jari tanpa asas kerana sehingga kini belum ada penjelasan sebenar mengenai bagaimana insiden itu boleh berlaku.
"Letupan seperti ini sangat luar biasa. Saya percaya pihak yang bertanggungjawab telah mengambil segala langkah untuk memastikan saluran itu selamat," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada proses siasatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>