Kebocoran saluran paip gas

Iklan
Keadaan semasa di kawasan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights yang kini padam sepenuhnya ketika tinjauan setakat 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata setakat ini hanya penduduk di kawasan yang kurang terjejas dibenarkan masuk untuk mengambil barang keperluan dan dokumen penting.

Seramai 529 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masjid Putra Height dan Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia).