Apa khabar pesakit mental di hari raya?
Iklan
Berdasarkan kajian NHMS 2015, ada kemungkinan daripada 10 orang tetamu anda di hari raya, tiga daripada mereka mengalami penyakit mental. Gambar hiasan
HARI raya Aidilfitri sepatutnya menjadi masa kegembiraan, silaturahim dan kesyukuran. Namun, bagi individu yang mengalami penyakit mental, perayaan boleh menjadi sangat mencabar.
Ini kerana kebanyakan pesakit mental kelihatan normal, lebih-lebih lagi jika mereka sudah dididik sejak kecil mengenai adab sopan. Kebisingan, pertanyaan sosial dan perubahan rutin boleh menyukarkan mereka untuk menikmati hari raya seperti orang lain.