Kebakaran saluran gas: Masjid Nurul Iman sesak dengan mangsa, sukarelawan

Iklan
Antara kekuarga pesakit yang mendapatkan rawatan dan ditempatkan di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah. Gambar kecil: Shahafizan

PUCHONG - Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah, di sini, yang digunakan sebagai pusat rawatan sementara bagi mangsa kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, kini telah bertukar menjadi sesak.

Kehadiran ramai mangsa yang terjejas oleh kebakaran, bersama dengan petugas kecemasan, sukarelawan, dan orang awam yang datang memberi bantuan, menyebabkan ruang di masjid tersebut semakin padat.

Iklan
Iklan

Menurut Nazir Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Shahafizan Sabarudin, selain menyediakan tempat perlindungan, ramai mangsa memerlukan rawatan kecemasan untuk kecederaan ringan atau akibat kesan kebakaran.

"Pihak berkuasa tempatan, pasukan perubatan, serta badan-badan amal telah berusaha untuk memastikan setiap mangsa mendapat perhatian yang sewajarnya, walaupun situasi semasa agak mencabar.

Iklan

"Dalam keadaan sesak ini, pihak pengurusan masjid, dengan bantuan sukarelawan, berusaha mengatur tempat dan memberi sokongan kepada mereka yang terlibat," ujarnya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin (tengah) turut kelihatan melawat lokasi pemindahan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, seramai 22 keluarga, termasuk yang mengalami kecederaan ringan, ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah itu.

Iklan

Terdahulu, kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights itu menyebabkan 112 mangsa cedera dan 49 rumah terjejas.

Mangsa yang cedera menerima rawatan di beberapa hospital, termasuk Hospital Cyberjaya, Serdang, dan Putrajaya. Lima mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Selain itu, beberapa mangsa menerima rawatan awal di Masjid Nurul Iman dan Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

Penduduk yang terjejas juga menerima bantuan daripada pelbagai pihak, termasuk wakil rakyat dan organisasi amal.