Insiden kebakaran bukan di stesen Petronas

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kebakaran di saluran paip utama PGB berhampiran Puchong

KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Bhd (PDB) menjelaskan bahawa video yang tersebar di media sosial berhubung kejadian kebakaran di Putra Heights, Puchong tidak berlaku di mana-mana stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Tiga stesen minyak Petronas (PS) berdekatan -- PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari -- tidak terjejas, sebaliknya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan
Iklan

"Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka - PS USJ 20, PS USJ 6 dan PS USJ 9,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PDB, pihaknya bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan untuk memastikan keselamatan komuniti, penduduk dan alam sekitar selaras dengan dasar dan piawaian kesihatan, keselamatan dan alam sekitarnya.

Iklan

Terdahulu, Petronas mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada jam 8.10 pagi ini.

Katanya saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan. - Bernama

Iklan