Kebakaran besar di Puchong, api menjulang lebih 20 tingkat

Iklan
Tangkap layar daripada video tular memaparkan api marak menjulang dalam satu kejadian kebakaran besar di Putra Heights 1, Puchong Selangor pada Selasa.

SUBANG JAYA – [DIKEMAS KINI] Satu kebakaran besar berlaku di Putra Heights 1, Puchong, Selangor yang dianggarkan bermula sekitar jam 8.15 pagi pada Selasa.

Seorang penduduk, Alisha Nur Mohd Noor berkata, dia dapat merasakan bahang api dari rumah makciknya di Kampung Tengah, Puchong yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, api daripada kebakaran tersebut menjulang sangat tinggi, melebihi 15 tingkat bangunan dan dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan.

"Kami sekeluarga pada mulanya menyangka bunyi letupan itu adalah mercun kerana ia sangat kuat.

Iklan

"Tidak lama selepas itu, bekalan elektrik di kawasan ini terputus.

"Saya mengesyaki kebakaran berpunca daripada saluran paip gas," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Pusat Operasi PANTAS memaklumkan menerima aduan kebakaran Stesyen Minyak Petronas, dari Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) ke Putra Height.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan kejadian kebakaran membabitkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya.

JBPM dalam satu kenyataan ringkas berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kebakaran itu jam 8.23 pagi.