Pemandu terlelap, ibu dan bayi maut kereta langgar pokok

Iklan
Kenderaan yang dipandu mangsa terbabas dan terlanggar pokok berhampiran Klinik Kesihatan Telupid.

TELUPID - Seorang wanita dan bayinya berusia dua bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok berhampiran Klinik Kesihatan Telupid di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang itu dipercayai berpunca daripada pemandu yang terlelap akibat keletihan selepas menempuh perjalanan jauh dari Labuan menuju ke Lahad Datu.

Iklan
Iklan

"Kemalangan melibatkan tujuh sekeluarga, di mana seorang wanita dan bayinya disahkan meninggal dunia.

"Pemandu yang juga suami mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri, manakala empat lagi penumpang termasuk dua anak mereka serta ibu bapa mentua hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut Hasan, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan, namun siasatan awal mendapati pemandu dipercayai hilang kawalan akibat terlelap.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan

Hasan dalam pada itu turut menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya yang balik beraya ke kampung agar sentiasa memandu dengan berhati-hati.

"Sekiranya mengantuk, berehat sekejap untuk menghilangkan keletihan sebelum meneruskan perjalanan," katanya.