BERA - Polis Daerah Bera meminta pemilik akaun Facebook 'Muhamad Harun' untuk tampil memberi maklumat lanjut berhubung hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Bera Unite pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, melalui hantaran itu individu terbabit mendakwa anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak mengambil tindakan terhadap dua penunggang motosikal berbangsa Cina yang tidak memakai topi keledar.