Pinjam along mahu tutup mulut mentua
Iklan
Peminjam along kebanyakannya tidak dapat hidup tenang selepas menerima duit.
KUALA LUMPUR –"Biar papa, asal hati senang.” Itu pegangan seorang lelaki yang sanggup berhutang dengan along semata-mata mahu menyambut Aidilfitri dengan lebih bergaya empat tahun lalu.
Keputusan itu diambil selepas berasa tertekan dengan sindiran mentua yang gemar membandingkan kemewahan menantu lain setiap kali tiba lebaran.