Aduan kes pinjam along meningkat menjelang Aidilfitri
Iklan
Kadar faedah yang dikenakan along sangat tinggi dan menyebabkan ramai peminjam terjerat dengan hutang yang tidak mampu dibayar.
KUALA LUMPUR - Aduan peminjam yang terjebak dengan along meningkat lebih 60 peratus menjelang Aidilfitri tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Presiden Gabungan Muafakat Perpaduan (GMP), S Hassan Kuthoos Syed Ahamed Kaberr berkata, statistik itu diperoleh menerusi aduan diterima pihaknya dalam tempoh minggu terakhir Ramadan.