Heret juga operator kenderaan berat
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
SHAH ALAM - Operator kenderaan berat seperti lori dan treler sepatutnya turut ditahan dan dituduh di mahkamah atas kegagalan menyelenggara kenderaan dengan baik dalam kejadian kemalangan maut.
Peguam, Muhammad Hasif Hasan berkata, sekiranya berlaku kemalangan maut melibatkan kegagalan kenderaan berat seperti tayar pecah, tayar tercabut atau brek gagal berfungsi, yang dipersalahkan atau dituduh hanyalah pemandu.