Kes pinjam along naik lebih 32 peratus
Iklan
Laporan muka depan Sinar Ahad.
KUALA LUMPUR - Kes pinjaman wang tidak berlesen atau along meningkat lebih 32 peratus dalam tempoh kurang sebulan, dipercayai berpunca daripada orang ramai yang membuat pinjaman sempena persiapan sambutan Aidilfitri.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, ia berdasarkan sebanyak 90 kes direkodkan sepanjang 1 hingga 28 Mac lalu dengan jumlah pinjaman melebihi RM400,000.