IPOH - Hospital Taiping sedang mengesan waris dua lelaki tempatan yang meninggal dunia baru-baru ini dan mayat mereka masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Pengarah Hospital Taiping, Dr Khuzaini Abd Karim berkata, lelaki pertama, Abdul Rahim Abdullah, 85, disahkan meninggal dunia pada 19 Mac lepas dan alamat terakhir di No 159A, Kampung Baru Sempadan, Jalan Keretapi Kampung Larut Tin di Taiping.