KPKM bantu pulihkan ternakan babi susulan ASF - Mohamad
Iklan
Mohamad (tengah) ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Semarak Syawal Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang pada Sabtu.
KLANG - Kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan penternakan babi susulan penularan Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda negara khususnya di Selangor.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia berikutan penularan penyakit itu menyebabkan berlaku kenaikan harga daging babi dan negara terpaksa bergantung kepada import.
Iklan
Iklan
"Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapi masalah kenaikan harga daging babi yang begitu tinggi kerana kandang tempat menternak haiwan ini berada di Sepang dan Kuala Langat terkena penyakit.
"Ribuan ekor terpaksa dilupuskan kerana membawa penyakit seperti yang pernah berlaku di Melaka. Kita bersimpati khususnya kepada mereka bukan Islam yang makan daging ini kerana harganya begitu tinggi berikutan bergantung kepada import.
Iklan
"Kita sedang usaha mencari jalan supaya mereka dapat terus menternak yang baharu...kerajaan akan melihat bagaimana mahu memulihkan kedudukan penternakan haiwan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Semarak Syawal Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas di sini pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini dilaporkan, sebanyak 76,000 babi di Selangor telah dilupuskan pada minggu lalu selepas 57 ladang babi di Kuala Langat dan Sepang disahkan positif penyakit ASF.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, pelupusan semua babi itu dilakukan seminggu lebih awal daripada jangkaan asal pada 31 Mac.
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut sebanyak 14,000 babi telah dilupuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor manakala selebihnya mati sendiri dalam tempoh dua hingga 10 hari.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>