Culas bayar hutang, along hantar bangkai tikus dan labah-labah hidup

Iklan
Bangkai tikus yang dihantar oleh along ke rumah peminjam sebagai amaran awal. Foto Agensi

SINGAPURA Penduduk di Yishun gempar selepas dua peminjam wang menerima bungkusan mengerikan daripada ceti haram atau along, masing-masing mengandungi bangkai tikus dan labah-labah hidup.

Menurut laporan Lianhe Zaobao, Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima dua aduan berkaitan gangguan oleh along di kawasan itu baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pada 13 Mac, sebuah kotak yang mengandungi bangkai tikus, kertas sembahyang, colok, dan nota kutipan hutang dihantar ke sebuah unit di Yishun Ring Road.

Lima hari kemudian, pada 18 Mac, satu lagi bungkusan yang mengandungi labah-labah hidup dan nota kutipan hutang dihantar ke sebuah rumah di Yishun Street 71.

Iklan

Hasil siasatan, polis berjaya mengenal pasti seorang lelaki berusia 22 tahun yang menghantar bungkusan tersebut dan menahannya pada 24 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes gangguan oleh along di seluruh Singapura.

Iklan

Suspek telah didakwa di mahkamah pada 26 Mac atas kesalahan melanggar Akta Pemberi Pinjaman Wang.

Jika sabit kesalahan, pesalah kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum S$50,000 (RM165,330), serta sebatan sehingga enam kali.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti berkaitan pinjaman wang haram dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa. - Agensi