Malaysia akan jadi pilihan pelabur
Iklan
Mata wang Indonesia merosot ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia hampir tiga dekad lalu, berikutan kebimbangan terhadap kedudukan fiskal ekonomi terbesar Asia Tenggara itu. Gambar kecil: Mohd Faisol
PUTRAJAYA - Malaysia akan menjadi negara pilihan utama pelabur asing yang mahu menstrukturkan semula perniagaan mereka di Indonesia jika kadar mata wang rupiah terus berlarutan merosot.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim menjelaskan, ia memandangkan data menunjukkan Malaysia pada ketika ini berada di landasan ekonomi yang baik dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus tahun lalu dan agihan dividen tinggi oleh beberapa agensi utama kerajaan selain pertumbuhan dalam beberapa sektor peruncitan, perkhidmatan, pembinaan serta barangan elektrik.