Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan tradisi murni berkongsi rezeki dengan warga institusi pendidikan dan komuniti setempat melalui Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) pada tahun 2025.
Program IMRAN 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 20 Mac 2025 diadakan di 15 institusi pendidikan terpilih di seluruh negara.
Aktiviti utama termasuk gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa seperti bubur lambuk, bubur manis, dan pelbagai jenis makanan berbuka lain untuk diagihkan kepada pelajar dan masyarakat setempat.
Program yang telah menjadi acara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PTPTN dengan institusi pendidikan sambil memupuk semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat.
Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, IMRAN adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) utama PTPTN yang telah dijalankan sejak 2021.
Program ini bukan sekadar memberi manfaat kepada golongan pelajar yang memerlukan, tetapi turut merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara PTPTN dan pihak institusi pendidikan melalui kerjasama yang erat dengan pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta kakitangan institusi pendidikan.
Program itu memberi peluang kepada warga kampus dan komuniti untuk bersama-sama menikmati kemeriahan Ramadan, sambil mengeratkan ikatan silaturahim.
KEDAH - Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad (dua dari kanan) menyediakan hidangan bubur lambuk sambil dibantu Pengarah Kolej Komuniti, Dr Reezlin Abd Rahman untuk diagihkan kepada para pelajar.
PERAK - Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid (dua dari kanan) bersama Pengarah Negeri PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed (tengah) dan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Shamsuddin Tajul Urus mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kampung Bahagia, Teluk Intan.
PULAU PINANG - Pengurusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (tiga dari kiri) menyertai penyediaan bubur lambuk bersama Pengarah USM Roseliza Saari (Depan Kanan). Turut hadir Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar (tiga dari kanan), Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman (tengah) dan warga Universiti Sains Malaysia
SABAH - Sesi penyerahan juadah berbuka puasa kepada wakil pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang disempurnakan oleh ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Husna Abdul Rahman diiringi Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan, Mohd Rusdi Ismail.
JOHOR - Pengarah Politeknik Metro Johor Bharu, Dr Supa’at Zakaria (tiga dari kanan) bersama Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan, Mohd Rusdi Ismail (tengah), Pengurus Besar Kanan Jabatan Teknologi Maklumat, Rusyaizul Husain (kanan) dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Johor, Mazni Ruslan membantu dalam penyediaan bubur lambuk.
KELANTANKetua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid (kiri) menyantuni salah seorang ahli keluarga yang hadir semasa Program IMRAN di pekarangan Masjid Ibadurrahman bandar Machang.
MELAKA - Penyediaan bubur lambuk oleh Ketua Operasi Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad (tengah) bersama warga kerja Politeknik Merlimau Melaka.
NEGERI SEMBILANPengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sembilan, Yushanaliza Hamdan (tengah) menyerahkan bungkusan bubur lambuk kepada wakil pelajar Politeknik Nilai.
PUTRAJAYA - PENGURUSI PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (Tengah) turun padang semasa sesi pengagihan bubur lambuk bersama penduduk sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14 (1) diiringi oleh Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar (kanan).
SELANGOR - Timbalan Pengarah Akademik Ts Dr Ahmad Aftas Azman (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid bergambar setelah selesai sesi agihan juadah berbuka puasa kepada para pelajar Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
LABUAN - Sesi penyerahan bubur lambuk kepada pelajarSekolah Menengah (A) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuah oleh Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sabah, Muliati Kamaruddin (kiri).
PAHANG - Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (tengah), diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr Yatimah Alias mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang tenaga kerja UMPSA.
SARAWAK - Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sarawak, Yussof Chik (kiri) turun padang membuat penyediaan bubur lambuk sempena Program IMRAN di Pusat Islam Politeknik Mukah.
TERENGGANU - Peynediaan bubur lambuk di Laman Warisan Budaya Terengganu turut disertai oleh Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Terengganu, Azizah Nasik @ Abdul Rashid ( dua dari kiri ) dan Pengarah Politeknik Besut, Udom A/L Ewon (kanan) serta warga Politeknik Besut Terengganu.