HANOI - Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Penduduk di beberapa kawasan di Hanoi seperti daerah Hoang Mai, Thanh Xuan, Ha Dong dan Thanh Tri berkata mereka merasai gegaran selama tiga hingga lima minit, menurut laporan media tempatan.