Gempa bumi 7.7 magnitud landa Myanmar, gegaran dirasai hingga Thailand

Iklan
Orang ramai yang berada di dalam pejabat dan pusat beli-belah bertempiaran keluar untuk mencari tempat selamat. Foto Thaiger

BANGKOK - Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat, menyebabkan gegaran kuat dirasai di Thailand termasuk ibu kota Bangkok.

Gempa yang berpusat di Sagaing, Myanmar itu berlaku pada jam 12.50 tengah hari (waktu tempatan) dengan kedalaman sekitar 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Gegaran menyebabkan bangunan bertingkat di Bangkok bergoyang, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Selain Bangkok, kesan gempa turut dirasai di beberapa bandar utama Thailand seperti Phuket, Pattaya dan Chiang Mai.

Iklan

Penduduk di beberapa kondominium dan hotel tinggi dilaporkan keluar menyelamatkan diri kerana bimbang berlakunya runtuhan.

Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan bangunan berayun akibat gegaran. Orang ramai yang berada di dalam pejabat dan pusat beli-belah bertempiaran keluar untuk mencari tempat selamat.

Iklan

Setakat ini, belum ada laporan rasmi mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan teruk di Thailand.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang memantau situasi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan.

Thailand bukan negara yang sering mengalami gempa bumi besar, tetapi kedudukannya berhampiran Myanmar membuatkan ia terdedah kepada gegaran kuat apabila berlaku gempa di negara jiran.

Pihak berkuasa Thailand menasihatkan orang ramai untuk kekal berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi bagi mengelakkan panik. - Agensi