Anda berada di pasaran yang salah
Iklan
Kebelakangan ini terdapat rungutan berkenaan kehambaran beberapa bazar-bazar seumpama ini. Gambar hiasan.
ADALAH menjadi kelaziman pada musim perayaan di mana banyak bazar-bazar Aidilfitri dibuka untuk membolehkan umat Islam membeli-belah bagi persediaan hari raya. Kebelakangan ini terdapat rungutan berkenaan kehambaran beberapa bazar-bazar seumpama ini.
Adakah ini menggambarkan kemerosotan kuasa beli pengguna atau ada sebab lain mengapa fenomena ini berlaku? Satu perkara yang boleh menjadi jawapan kepada kemerosotan jualan di bazar-bazar secara fizikal ialah perubahan kaedah pembelian kepada bazar-bazar atas talian.