Signal dedah kebejatan Amerika
Iklan
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth bercakap di sebelah Presiden Donald Trump, di Pejabat Oval di Rumah Putih, di Washington, DC. - Foto AFP
TEKNOLOGI komunikasi yang canggih sering menjadi intipati kekuatan sesuatu bala tentera. Dalam hal ini, Amerika Syarikat (AS) berbangga kerana memiliki teknologi komunikasi yang canggih.
Oleh kerana itu, AS sering mendabik dada mudah memenangi sesuatu pertempuran kerana memiliki teknologi komunikasi yang tiada tolok bandingnya.
Alexander the Great pernah berfalsafah tidak gentar kepada tentera singa yang dipimpin oleh seekor biri-biri. Namun, beliau takut kepada kepada tentera biri-biri yang diketuai seekor singa.
Apa yang jelas, Alexander the Great dikhabarkan memiliki sistem teknologi komunikasi yang canggih kerana mampu menakluk sebahagian besar dunia.