Bidaah raih populariti luar biasa hingga ke Indonesia

Iklan
Bidaah menjadi perhatian sehingga ke Indonesia.

BIDAAH, drama bersiri terbaru dari Viu Malaysia, meraih populariti luar biasa apabila menjadi drama nombor satu paling popular di platform penstriman bukan sahaja di Malaysia, malah di platform Viu Indonesia.

Drama yang dibintangi oleh Fattah Amin, Faizal Hussein dan Riena Diana ini juga berjaya memperoleh lebih daripada 134 juta tontonan serta 44 juta capaian di media sosial Viu Malaysia.

Iklan
Iklan

Siri terbitan Erma Fatima yang ditayangkan sejak 6 Mac lalu mengatasi drama bersiri Korea popular seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group di platform Viu.

Drama yang dibintangi oleh Fattah Amin, Faizal Hussein dan Riena Diana ini juga berjaya memperoleh lebih daripada 134 juta tontonan serta 44 juta capaian di media sosial Viu Malaysia.

Malah di Indonesia secara umum, komen di media sosial menyatakan bahawa drama tersebut sangat relevan dan dekat dengan realiti kehidupan penonton Indonesia.

Iklan

Bukan itu sahaja, data daripada Google Trends menunjukkan drama Bidaah juga menjadi antara carian paling popular di Thailand, Singapura, dan Brunei.

Bidaah mengisahkan Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).

Iklan

Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran rohani kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.

Drama Bidaah pernah mencetuskan kontroversi pada episod awal siri ini.

Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnul Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah telah tersasar.

Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.

Episod 1 hingga 9 siri ini kini boleh distrim di Viu. Berbaki 6 lagi episod dengan setiap episod baru disiarkan setiap hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.