Pemilik TikTok jadi individu terkaya di China

Iklan
Indeks Jutawan Bloomberg pada Khamis menunjukkan bahawa Zhang Yiming kini merupakan individu ke-24 terkaya di dunia.

ISTANBUL - Pengasas ByteDance dan pemilik TikTok, Zhang Yiming menjadi individu terkaya di China, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Indeks Jutawan Bloomberg.

Indeks Jutawan Bloomberg pada Khamis menunjukkan bahawa beliau kini merupakan individu ke-24 terkaya di dunia.

Iklan
Iklan

Senarai Jutawan Forbes dan Hurun Rich List, yang menyenaraikan individu paling kaya di China, turut menunjukkan bahawa Zhang merupakan individu terkaya di negara itu.

Menurut Bloomberg, beliau memiliki kekayaan berjumlah AS$57.5 bilion, manakala Forbes menganggarkan jumlah itu pada AS$65.5 bilion.

Iklan

Zhang, 42, mengasaskan ByteDance pada 2012, dan nilai syarikat itu melebihi AS$400 bilion setakat Januari 2025.

ByteDance juga memiliki beberapa aplikasi mudah alih popular seperti CapCut, Xigua Video dan Douyin. - Bernama

Iklan